08 November 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

KANGKANG KANGGARU


entah di mana lagi
mahu mencari keadilan
kamar saksama telah jadi
ladang menternak kanggaru

mereka ketawa
membuka kangkang
dan kita mampu hanya
melihat buntut-buntut berbulu

pun masih lagi percaya
bahawa kita tak dibohongi
dan setiap hujah-hujah mereka
masih tetap suci tiada dusta

pun kita juga maklum
kanggaru-kanggaru diternak
agar banyak membiak untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak

hingga kini hanya kita mampu
melihat kanggaru-kanggaru bersorak
menginjak rumput-rumput di laman
sambil bermain bola-bola kuasa