03 February 2012

sebuah karya
Yusuf Fansuri

BARAI

ketika
disurahkan
ini daulah
kaya melimpah
namun
yang nyata
di depan mata
rakyat kemacar 
terbarai
mengutip
serpihan
cungkilan gigi
pembesar gila!

12 November 2011


sebuah karya
Yusuf Fansuri

KITAB TAFSIR TWITTER

sementalahan jua
maka lahirlah
sebuah kitab tafsir 
Twitter
hasil karangan
sahibul shamahah
ularmak auta
jadi fatwa
satu daulah utama

14 July 2010


sebuah sajak
Yusuf Fansuri

KOREK CORRECT KOREK


mari kita korek

correct correct correct


korek korek korek

korek pasir

correct correct correct


korek korek korek

korek rasuah

correct correct correct


korek korek korek

korek kubur

correct correct correct

korek korek korek
korek dubur
correct correct correct

jom kita korek

correct correct correct


sebuah karya
Yusuf Fansuri

SAJAK INI BUKAN EJEN


ini sajak tentang ejen
mengenai ejen-ejen ejen enjin jet ejen kapal selam ejen bom ini sajak tentang ejen mengenai ejen-ejen ejen judi halal ejen ajaran sesat ejen pakar lompat ini sajak tentang ejen mengenai ejen-ejen ejen CIA ejen FBI ejen MOSSAD ini sajak tentang ejen mengenai ejen-ejen ejen gula ejen minyak naik ejen ayam-ayam ini sajak tentang ejen mengenai ejen-ejen ejen cina ejen india ejen kepala bana ini sajak tentang ejen mengenai ejen-ejen ejen CNN ejen Elaine Supkis ejen Washington Post ini sajak tentang ejen sajak ini bukan ejen

02 April 2010


sebuah karya
Yusuf Fansuri

TEORI EKONOMI BARU


tolong baca

teori ekonomi baru

ditulis oleh

pakar auta

satu bangsa


minyak naik

petanda

ekonomi kukuh


tol naik

petanda

ekonomi ampuh

gula naik
petanda

ekonomi baik


tambang naik

petanda

ekonomi teguh


cukai naik

petanda

ekonomi prihatin


inilah lima

petanda

ekonomi kita

diurus oleh

pakar karut

satu negara.

01 April 2010



sebuah karya

Yusuf Fansuri

PANJANG LIDAH


di depan tivi

tiba-tiba

pembaca berita

panjang lidah

terjelir bidaah


di dada akhbar

tiba-tiba

wartahewan

panjang lidah

menjilat muntah


di kedai kopi

tiba-tiba

rakyat daulah

panjang lidah

menghirup ludah


di dalam kelambu

tiba-tiba

sang memanda

panjang lidah

"barang" diselimuti darah


jumpa di neraka

tiba-tiba

manusia celaka

panjang lidah

penyebar fitnah!

08 November 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

KANGKANG KANGGARU


entah di mana lagi
mahu mencari keadilan
kamar saksama telah jadi
ladang menternak kanggaru

mereka ketawa
membuka kangkang
dan kita mampu hanya
melihat buntut-buntut berbulu

pun masih lagi percaya
bahawa kita tak dibohongi
dan setiap hujah-hujah mereka
masih tetap suci tiada dusta

pun kita juga maklum
kanggaru-kanggaru diternak
agar banyak membiak untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak

hingga kini hanya kita mampu
melihat kanggaru-kanggaru bersorak
menginjak rumput-rumput di laman
sambil bermain bola-bola kuasa


08 July 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

MENUNGGU SORAK


segalanya

seperti meludah

ke langit


kenangan
dihujani asid

masih tubuh

merasa perit


nah

sekarang

mendaliar menunggu sorak!