08 November 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

KANGKANG KANGGARU


entah di mana lagi
mahu mencari keadilan
kamar saksama telah jadi
ladang menternak kanggaru

mereka ketawa
membuka kangkang
dan kita mampu hanya
melihat buntut-buntut berbulu

pun masih lagi percaya
bahawa kita tak dibohongi
dan setiap hujah-hujah mereka
masih tetap suci tiada dusta

pun kita juga maklum
kanggaru-kanggaru diternak
agar banyak membiak untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak

hingga kini hanya kita mampu
melihat kanggaru-kanggaru bersorak
menginjak rumput-rumput di laman
sambil bermain bola-bola kuasa


08 July 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

MENUNGGU SORAK


segalanya

seperti meludah

ke langit


kenangan
dihujani asid

masih tubuh

merasa perit


nah

sekarang

mendaliar menunggu sorak!


22 May 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri
SARKAS DARI NEGERI SATU BERINGIN

ini hari aku dipaksa menonton
sebuah sarkas dari negeri satu beringin
pertunjukan adalah percuma
bayaran tak perlu
kerana komisen besi tenggelam
sudah cukup untuk melangsai
yuran persembahan

sekumpulan kanggaru didatangkan khas
dari sebuah zoo termulia di dunia
punya kriteria istimewa
telinga yang amat panjang
pandai membaca undang-undang manusia
bukan peraturan rimba yang kita jangka

bapa kanggaru gatal
emak kanggaru menggaru
emak kanggaru gatal
anak kanggaru menggaru!



sebuah karya
Yusuf Fansuri

DAH TAHU DAH (AKU PUN MAKAN GAJI)

- sebuah puisi elegi


hahaha

dah tahu dah

(aku pun makan gaji)

sana kata salah

sini kata boleh


hahaha

anjing mana

sanggup gigit tangan tuannya?


hahaha

kanggaru mana

sanggup loncat dari poket ibunya?


hahaha

dah tahu dah

(aku pun makan gaji)

sini lurus bendul

sana kena terima
!


14 May 2009



Sebuah karya
Yusuf Fansuri

ANAK KANGGARU

telah dijangka
ada mendabik dada
bijak putar alam


gelanggang
keadilan
jadi medan
sarkas politik


anak kanggaru
selesa dalam

kantung ibu


rakyat apa tau?



17 March 2009



sebuah karya
Yusuf Fansuri

MENOKOK TOKOH


bagaimana harus

kita melihat kebejatan

pelacuran intelektual

yang dirakam sejarah


kita menerimanya

tanpa usul periksa

dan mengangguk

untuk membenarkan


begitu mudah

kita memalit kenyataan

dengan dakwat kepalsuan

tanpa rasa bersalah

pada anak cucu


dengan menobatkan

semua tokoh-tokoh

dengan menokok tambah

segala sumbangan

segala kejayaan

sesungguhnya
kejayaan kita raikan
adalah seperti menyatakan
bahawa usul asal manusia
adalah kelompok berukera!

11 March 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

SEEKOR BIAWAK


dia

seekor biawak

pendek lidah

sedang menjilat

mikropon


dia

bersidang akbar

sambil terjelir

air liur meleleh


dia

pernah dabik dada

mencium keris

kononnya berpuaka


dia

seekor karnivor

sejenis bapanya

memakan bangkai

bangsa sendiri!

25 February 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

PUKAH


ha

ha

ha

dia buka

aku buka

ha

ha

ha

dia pecah

aku pukah

ha

ha

ha

dia rasuah

aku belasah

ha

ha

ha

dia pukat

aku punggah

ha

ha

hah!


sebuah karya
Yusuf Fansuri
TUKAR BAJU KER?

tak semena-mena
bajunya harus ditukar
putihnya telah tercalar

kena guna mesin baru
jenama Suruhanjaya
lagi menarik & bergaya

mesin dulu tak laku
barang lama memang begitu
tak hilang bau Badan

cuci jangan tak cuci
cuci segala bukti
cuci segala pak menteri

ini bukti
daulah penuh telus
tapi banyak lubang tiris

rakyat garu kepala
gatalnya tak ada
tukar baju ker?

24 February 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

SULAP TOYOL


dia begitu bijak

bermain sulap

boleh hilang


ada

tak ada

ada

tak ada

ada lagi


di celah-celah cadar katil

di dalam kereta menteri

di kandang-kandang sapi


dia kata jangan cabar

dia kata ada bukti

bukti boleh ada


ada

tak ada

ada

tak ada

ada!


dia begitu handal

bermain sulap

batang-batang penyapu.




sebuah karya
Yusuf Fansuri

ANASIR?


ketika

kaucukup angkuh

mendabik dada

di dewan mulia

kau lupa

bahawa kau

adalah "wakil"

yang dipilih

oleh rakyat

untuk duduk

di kerusi empuk

buat seketika

sebelum izrail

datang mencabut

nyawamu

jangan kaulupa

pangkat kauada

darjat di kepala

adalah sementara

sebelum kau

di hadapan tuhan

di padang perhitungan

kamulah salah seorang

anasir neraka

wakil rakyat

kebinatangan!




sebuah karya
Yusuf Fansuri

KES: PI PERGI SEBAR MADAT INGGERIS

Fakta Kes: Pi Pergi Edar Madat Inggeris


Menurut Akta Bahasa Negara, sesiapa yang

melakukan kesalahan di atas :-


kurang mengunakan bahasa melayu 5 patah perkataan sehari

di bawah akta ini membawa

kepada hukuman denda tidak lebih dari USD 100,000

dan/atau penjara tidak lebih dari 5 tahun di Guantanamo Bay


mengunakan bahasa melayu 5 perkataan sehari dan kurang 30 perkataan

di bawah akta ini membawa

kepada hukuman penjara antara 2-3 tahun

dan di rotan sebanyak 3-9 kali oleh mamanda pendidikan


mengunakan bahasa melayu 30 patah perkataan dan kurang dari 50 patah perkataan

di bawah akta ini membawa

kepada hukuman penjara antara 5 tahun ke seumur hidup dan rotan tidak kurang

dari 10 kali


menggunakan bahasa melayu 50 patah perkataan atau

lebih dianggap sebagai pengedar madat inggeris

di bawah akta ini membawa hukuman mandatori hukuman mati


di bawah akta ini hukuman mandatori rotan sehingga 3 kali, untuk kakitangan negara

yang berkerja di pusat pemulihan bahasa, lokap polis, penjara dan pusat tahanan bahasa

yang ditangkap melalui Suruhanjaya Pemansuhan Segala Bukti (SPSB).



07 January 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

100


100 seniman

100 sumpah

100 sumpahan


100 kolokium

100 mesyuarat

100 randau


100 harapan

100 hipokrasi

100 helahan


bahasa melayu

bahasa bangsa

bahasa layu


100 sasterawan

100 rawan

100 boikot


100 persidangan

100 seminar

100 bengkel


100 sia-sia

100 basa-basi

100 puja puji



06 January 2009

sebuah karya
Yusuf Fansuri

KAUKAH YANG BERJUBAH HIJAU?


bala laksana seksaan neraka

darah-darah sudah jadi hujan

air mata telah lama kehabisan

derita adalah pakaian semasa

masihkah kau mengaku

kita bukan sekadar jiran?


ketika benua-benuaku

di serang setan-setan berterbangan

& membunuh setiap yang bergerak

dari nenek tua, orang dewasa

& anak-anak kecil

masihkah kau mengaku

telah lama bersaudara kita ?


atau kauhanya mampu

melopong di depan corong CNN

teropong BBC & kamera Al Jazerra

tentang kebesaran dajal amerika

menghancurkan saki baki sudaramu

masihkah kau mengaku

kaukah yang berjubah hijau?


atau kauhanya mampu

membaca helaian kertas-kertas

yang telah ketinggalan zaman

menelek tentang berita sukan

meneliti saham-saham kekayaan
atau artis mana akan jadi gilaan

masihkah kau mengaku

kita punya tuhan dan nabi yang sama?