05 December 2007


Sebuah Karya
Yusuf Fansuri
TAWANAN

kita adalah tawanan
bila kuasa jadi rebutan
manusia serigala!

kita adalah tawanan
bila kita terbelenggu

jadi seekor lembu!




17 November 2007


Sebuah Karya
Yusuf Fansuri

UNIVERSITI SARKAS

universiti sarkas
tempat memelihara manusia
jadi rimau
jadi singa
jadi serigala
jadi keldai

universiti sarkas
tempat melatih manusia
jadi ungka
jadi kakaktua
jadi tikus
jadi babi





















Sebuah karya
Yusuf Fansuri
PELURU DEMO PLASTIK


bertubi peluru mencurah
dari segenap 360 darjah
tika kuning jadi penjarah
pelik, mereka tak mati-mati?

peluru demo plastik!

08 November 2007













sebuah karya
Yusuf Fansuri

PELURU PLASTIK


pohon plastik
bunga plastik

rumput plastik

unggas plastik

sungai plastik


kapal plastik

ikan plastik

angin plastik

ombak plastik

laut plastik


awan plastik

langit plastik

bulan plastik

bintang plastik

matahari plastik


mata plastik

telinga plastik

lidah plastik

kulit plastik

hidung plastik

manusia plastik!

06 November 2007

















Sebuah Karya
Yusuf Fansuri

MEMBACA ISYARAT MAKHLUK ASING

Tiba-tiba dia terkejut dari pulas mimpi
Tersandar lelah di sudut singgahsana
Letihnya seperti dikejar seribu serigala
Debarnya seperti tembakan peluru buta

Dikhabarkan melalui ilham halusinasi
Bangsanya akan dilanda taufan garuda
Rakyatnya akan menderita tujuh petala
Negaranya akan musnah sekelip mata

Dia bergegas berjumpa Sutan Baginda
Bercerita tentang isyarat yang diterima
Cuba menafsir segala bahasa dan tanda
Antara garis dan titik punyai makna

Maka berkatalah para nujum negara
Jangan diambil mudah segala petanda
Nanti bisa rosak binasa, bertindak segera
Terlambat akan mengundang bencana

Telah dipersetujui memanda perdana
Usul nujum penuh hujah bijaksana
Semuanya untuk martabat bangsa
Maruah negara harus dipertahan jua

Setelah sepurnama bersiap siaga
Maka terbina sebuah kendara waja
Dihantar seorang wira gagah perkasa
Ke tinggi langit meninggalkan dunia

Dibawa kitab-kitab semua keturunan
Sebagai bekalan hujah dan canggah
Agar mudah membaca tamsil maya
Agar mudah berbicara bahasa suria

Wahai makhluk asing di atas sana
Janganlah takbur dan memandang hina
Sungguh bangsaku bukan bangsa kelas kedua
O ketahuilah bangsaku adalah bangsa angkasa!

30 August 2007


Sebuah karya
Yusuf Fansuri

S
EBUAH SAJAK KEMERDEKAAN
ala
ANTOLOGI "JAMONG MERDEKA*"


setiapkali detik tiba
denting jam ogos bergema

kitapun jadi ahli tafsir membaca bijaksana
setiap rinci sejarah tamsil cuba dibuka

segala ilmu di dada melimpah ruah

dulang ditatang minyak penuh tertumpah


setiapkali sering kita tergelincir

antara butir-butir fakta dan lamunan fiksi

kitalah terbanyak mudah tertipu

mainan silap oleh mata selalu tidak percaya

kerana martabat retorika lebih mulia


setiapkali itu, kitalah hamba penjajah

menyebar bida'ah kepada anak generasi

memutar piring hitam sejarah di corong radio

cuba mempersenda junta rakyat jelata

dengan jenaka intelek bertopeng dusta

setiapkali juga, kitalah menjadi wira

mendabik dada menulis sejarah semula

dengan naratif yang tidak banyak beza

cuba membebaskan semangat merdeka
tatkala jiwa masih tergari tangannya

setiapkali denting tembaga berlaga

sebenarnya kita diuji oleh sang masa
melihat semula dengan matanurani

apa segala di depan mata
adalah sebuah maya ilusi

atau sebuah realiti bercakap
tentang kebenaran nyata!

3 jam sebelum menjelang Ogos 31

p/s * "
Jamong Merdeka" tidak ada kaitan dengan antologi "Jamung Merdeka" terbitan GAPENA kerana perbezaan ejaan "JAMONG" dan "JAMUNG".



22 July 2007

Sebuah Karya
Yusuf Fansuri

PADA WAKTU KELALAWAR
Untuk wartawan Raden Azhar

pada waktu segelintir kita
berbicara pasal perjuangan
saat perang melanda masih

ini negeriku,
bisa saja tergadai mudah

bahasa pakaian budi
telah jadi anak tiri
di tanah sendiri

bahasa acuan bangsa
telah jadi cacamerba
di bumi merdeka

budayawan dan seniman
bergentayangan ibarat kelelawar
tersangkut di pohon ilusi

ini negeriku,
sudah terbakar maruahnya

pada waktu sekelompok kita
sibuk menabalkan wira-wira

kemenangan adalah sebuah kekalahan!

25 June 2007


sebuah karya
Yusuf Fansuri

BAHASA SANG KELDAI TUA
KEPADA SANG TEZI MUDA


usahlah bercerita tentang tajam batu

usah bermadah tentang keringnya pasir

segalanya pernah kutempuh jua


O ketahuilah...
telah aku jelajahi pelusuk seluruh

dari utara ke selatan kutub dunia

ini dada penuh ilmu

ini dada lapang pengalaman

telah aku berlari secepat angin
telah aku daki puncak tertinggi

setiap gunung sudah kutakluki


O ketahuilah...

berilah aku peluang

membaca kisah dongeng seribu malam

padamu sang tezi muda

akulah raja segala kuda

tak pernah berdusta


hujung usia telah hampir

kini aku di hujung tubir

di sisi sisa runtuhan batu bata
melihat senja sunyi tenggelam
bersama gelap dosa-dosa lalu
yang gagal kukutip kembali!


02 May 2007




Sebuah Karya
Yusuf Fansuri
SEEKOR KERA CUBA MEMBACA BAHASA BELACHAN

tidak semena-mena sejarah terpalit semula
tatkala seranah telah jadi ratahan biasa dan
tingkah segala laku ibarat sang hewan terluka

tergadai segala maruah disogok wang berjuta
nafas-nafas keadilan hanya di hujung nyawa
siapa bisa bicara tentang perjuangan tanpa harta?

di corong kotak suara atau di layar sinema terbuka
atau di atas carikan kata-kata di kertas putih dusta
kebenaran ditulis dalam nuansa kehilangan suara

pun masih ada yang mendabik dada lantang atas nama
demokrasi pada saat pilihan yang tak punya pilihan
percaturan adalah permainan judi yang telah dihalalkan

ada di antara manusia cuba menelanjang kejahilan
tapi hampa kerana semuanya adalah satu kenikmatan
keji korupsi telah menjadi darah seni yang diwarisi

kitapun menjadi seekor kera yang cuba belajar
membaca bahasa belachan yang kita tahu ismunya
dan pura-pura malu tatkala terhidu bau di telapak tangan!

28 April 2007


Sebuah Sajak
Yusuf Fansuri
KOJI: KELDAI TUNGGANGAN OLEH KERA-KERA

telah bermula
genderang perang
fitnah-fitnah bersayap
dan merayap dicelah
cuping-cuping telinga

panji-panji demokrasi
berkibar di puncak tombak
hantu-hantu berkeliaran
menyahut seru, bangkit
dari tanah perkuburan

peluru-peluru peribadi
menembusi setiap inci
kesilapan adalah padah
tak bisa dielak mudah

medan ini, bukan
medan sejuta peradaban
medan ini, bukan
medan seribu kemuliaan

hujan biru mencurah
di setiap sudut lembah
harga perlu dibayar
bukan demi maruah

keldai-keldai dipacu
jeneral-jeneral palsu
tanah Koji tinggal debu
esok hari belum tentu

gendang-gendang
terus dipalu, dupa duka
terus diseret angin
tanah Koji akan sepi
tinggal sisa sia dosa!

16 April 2007










Sebuah Karya
Yusuf Fansuri
SANG GARUDA ITU AKU!


Sayapku
Sayapku tebarkan
Tebarkan sayapku

Menerjah awan
Gemawan memecah
Langit tujuh ke hingga

Aku lihat hijau pulau
Dibalut biru laut
Pecah ombak putih

Di bibir pantai
Nun pasir kuning emas
Memanjang ke tanjung

Melayang aku
Aku melayang
Melayang -layang

Sayapku tebarkan luas
Meredah cabar angin

Ketahuilah!
Sang garuda itu akulah
Merah putih ingin bebas
Di lapang langit

Mimpikan kemerdekaan siang
Mimpikan kemerdekaan malam!

06 February 2007

















sebuah karya

Yusuf Fansuri
1,000,000 NAFAS-NAFAS

- rintihan di Masjidil Aqsa


1,000,000 nafas-nafas berterbangan

1,000,000 nafas-nafas berterbangan


1,000,000 nafas-nafas berterbangan
menerjang dalam udara hangat
1,000,000 nafas-nafas berterbangan
berteriak dalam kelam sunyi suram


1,000,000 nafas-nafas berterbangan
menyusur dalam merah api bara
1,000,000 nafas-nafas berterbangan
sembunyi di balik kubah emas


1,000,000 nafas-nafas berterbangan
mencari roh di teluk rusuh
1,000,000 nafas-nafas berterbangan
selindung di sayap para malaikat

1,000,000 nafas-nafas berterbangan
1,000,000 nafas-nafas berterbangan

19 January 2007





















sebuah karya
YUSUF FANSURI

PELURU: SOBAT

Sobat
jarak prejudis
ibarat iblis

Sobat
jarak murni
ibarat nabi

Sobat
jarak taat
ibarat malaikat

15 January 2007





















sebuah karya
Yusuf Fansuri
PELURU: WAKTU

betul katamu!

jarum waktu
adalah tajam peniti
tertusuk seringkali
menunggu tika.

05 January 2007























Sebuah Karya
Yusuf Fansuri
PELURU:PLOT KETERBALIKAN

Tatkala takbir memuji
segala kebesaran di langit
dan di bumi, kita dikejutkan
dengan sebuah berita tentang
kembalinya seorang manusia
ke ribaan tuhan dengan cara
keadilan songsang.Seterusnya
disergah tanda tanya antara
jawapan penuh ilusi dan realiti
cuba menyusun silang kata
untuk mencipta perkataan
demi melengkapkan kitab baru.

Kita terbawa-bawa dengan dalih
dan muslihat kabal-kabal orientalis
menterjemah makna dan simbolis
yang hakikatnya sudah lama tahu
tafsir tersirat dan tersurat. Dari dulu
hingga detik kini masih melayan
imej wayangan yang seringkali jadi
siaran ulangan di layar fikiran.

Acapkali kita cuba dikelirukan
dengan fakta plot keterbalikan.
Acapkali kita cuba disogokkan
dengan nombor-nombor kabur.
Acapkali kita juga gagal menyelusuri
simpang siur sejarah masa lalu
Acapkali kita juga bebal mengunyah
sebaliknya memilih mengemam jadam.

Saat kita memerlu ikatan padu
dalam kesatuan jitu kita masih
memisah antara Ahlil Sunah dan Syiah
dan segera lupa pada empunya
yang sepatutnya disembah!