17 March 2009



sebuah karya
Yusuf Fansuri

MENOKOK TOKOH


bagaimana harus

kita melihat kebejatan

pelacuran intelektual

yang dirakam sejarah


kita menerimanya

tanpa usul periksa

dan mengangguk

untuk membenarkan


begitu mudah

kita memalit kenyataan

dengan dakwat kepalsuan

tanpa rasa bersalah

pada anak cucu


dengan menobatkan

semua tokoh-tokoh

dengan menokok tambah

segala sumbangan

segala kejayaan

sesungguhnya
kejayaan kita raikan
adalah seperti menyatakan
bahawa usul asal manusia
adalah kelompok berukera!

11 March 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

SEEKOR BIAWAK


dia

seekor biawak

pendek lidah

sedang menjilat

mikropon


dia

bersidang akbar

sambil terjelir

air liur meleleh


dia

pernah dabik dada

mencium keris

kononnya berpuaka


dia

seekor karnivor

sejenis bapanya

memakan bangkai

bangsa sendiri!