17 March 2009



sebuah karya
Yusuf Fansuri

MENOKOK TOKOH


bagaimana harus

kita melihat kebejatan

pelacuran intelektual

yang dirakam sejarah


kita menerimanya

tanpa usul periksa

dan mengangguk

untuk membenarkan


begitu mudah

kita memalit kenyataan

dengan dakwat kepalsuan

tanpa rasa bersalah

pada anak cucu


dengan menobatkan

semua tokoh-tokoh

dengan menokok tambah

segala sumbangan

segala kejayaan

sesungguhnya
kejayaan kita raikan
adalah seperti menyatakan
bahawa usul asal manusia
adalah kelompok berukera!

1 comment:

faziz ar said...

itulah kerja parasit. demi tembolok. dengan lesen intelektual mereka terus mengampu ikut masa-masa yg perlu. Mereka tanpa tulang belakang juga berkapok menerajui menara gading adalah mereka yang boleh dirunding..