PELURU BAHASA: BALADA SEPOHON LONTAR TUA
- ode prakongres bahasa dan persuratan melayu VII
Dan turunlah pejuang-pejuang
Menunggang pelbagai kendara
Menuju ke sebuah negeri bahasa
Yang khabarnya diserang garuda
Lengkap dengan pakaian laskar
Lengkap dengan kebal senjata
Lengkap dengan seorang panglima
Berkatalah peneraju soldadu
Perang maha besar bisa melanda
Akan ditakluk ini negara tercinta
Oleh penjajah talam dua muka
Ini medan psikologi minda
Tak guna ditangisi yang terjadi
Kemerdekaan hanyalah retorika
Kerana jiwa bangsa segala
Tergadai maruahnya sudah
Dan berkata lagi sang pewira
Selamanya kita tertipu oleh dusta
Sang Penguasa bertopeng mulia
Rupa-rupanya seekor rubah sadis
Yang laparkan takhta dan harta
Wahai, umat pencinta!
Bersaksilah kita di bawah perdu lontar tua
Bahawa perjuangan lebih menuntut tindak
Dan bukan omong kosong yang sia-sia
Marilah belajar dari peristiwa lalu
Desak dan gertak massa lebih gerun
Kerana politik tidak bisa melangkau
Suara dan kepentingan jelata rakyat!
Tanggalkan topeng hipokrit dari muka
Berpaling arah pancangkan semangat
Berpeluk tubuh usah, mari lakar sejarah
Bangkitnya sebuah bangsa berjaya
Tanpa tumpah darah dan nyawa!
No comments:
Post a Comment