sebuah karya
yusuf fansuri
JERAT SESAWANG
pantai telah berubah
di landa gelombang bah
daulah ditimpa gundah
memanda perdana
menutur titah
malang apa yang melanda?
bukan salah keris
menembus rusuk langit
ada musibah tak terjangka
sempadan telah diatur
lidah akhbar telah dicuci
tivipun telah di empunya milik
apa silap lagi
statistik bijak berperi
semuanya kini sudah jadi realiti
tiba-tiba mimpi
seorang timbalan nujum
khilafnya pada teknologi
rupanya daulah terperangkap
dalam jerat sesawang bloga
nadim yang terpaksa dikorban nyawa.
2 comments:
Atau mungkinkah sandiwara kerana kita hidup di pentas jua...
2 minggu selepas sajak ini dilahirkan...Seorang Nadim ditangkap...Dunia Politik.
Post a Comment