sebuah puisi Yusuf Fansuri
PELURU DIAMi)
MEMILIH DIAM
Tika sunyi menjerit
memilih diam,
aduh! Sukarnya.
Tika amarah melengking
memilih diam,
aduh! Sukarnya.
Tika belajar ingin
memilih diam,
aduh! Sukarnya.
ii)
MEMILIH UNTUK DIAM
-Suara bisu sunyi nyanyi
tika nyaring suara tersekat di halkum
menyata tentang berita kebenaran
bisu menjahit bibir , kata terkunci mati
O sukarnya memilih untuk sahaja diam!
iii)
DIAM
Diam
Senjata
Tajam
Menyembelih
Leher
Kata
Bisu
Bernyawa!
No comments:
Post a Comment